Lelaki suka berahsia dan boleh dikatakan kesemua rahsia mereka ini adalah untuk mempertahankan ego mereka.
Tetapi, anda bernasib baik kerana kami berjaya membongkar perkara-perkara yang lelaki cuba rahsiakan dari
wanita.
Kelemahannya
Lelaki sangat takut wanita mengetahui kelemahannya. Mungkin mereka takutkan ketinggian atau lipas yang mereka
tidak mahu langsung anda tahu. Dan, lelaki juga menangis. Emosi lelaki yang baru sahaja putus cinta sebenarnya
lebih dahsyat berbanding wanita. Tetapi mereka pandai menyembunyikannya. Mereka takut sekiranya wanita tahu
akan kelemahan mereka, wanita akan berjenaka mengenainya yang tentunya atau mungkin memalukan mereka.
Dan jika mereka menangis di depan anda, berikanlah mereka coklat. Tangisan mereka tu adalah tanda cinta kepada
anda.
Pendapatan Mereka
Lelaki kini lebih berhati-hati kerana terlalu banyak wanita di luar sana tu, mata duitan. Jadi salah satu perkara yang
mereka seboleh-bolehnya ingin mereka rahsiakan adalah jumlah pendapatan mereka. Mungkin mereka suka
menunjuk-nunjuk kereta yang mereka pandu, tetapi, perihal kewangan masih lagi terlalu peribadi bagi mereka.
They Listen!
Mungkin anda rasa lelaki tidak mahu tahu apa aktiviti harian anda atau apa yang menyerabutkan fikiran anda.
Sebenarnya, mereka mahu mendengar. Mereka tidak mahu anda tahu mengenai fakta ini kerana tidak mahu
percakapan bertukar menjadi leteran. Ia juga untuk mengelak daripada anda menelefon mereka acap kali, ketika
mereka sedang bekerja.
Fake Orgasm
Lelaki sekarang sebenarnya lebih bijak. Mereka tahu sekiranya anda mengalami fake orgasm ketika bersama. Tetapi
mereka berpura-pura tidak tahu kerana ia akan mencabar ego mereka kerana tidak mampu membuat anda
mencapai klimaks yang sebenar. Jadi mereka diamkan sahaja dan terus membiarkan anda terus berlakon ketika
bersamanya.
Malam Pertama
Jika anda rasa lelaki tidak takut untuk menghadapi malam pertama, anda silap besar. Lelaki tidak suka kemampuan
mereka di atas katil diperlekehkan walaupun ia merupakan pertama kali buat mereka. Sebab itu mereka cuba
menyembunyikan rasa gementarmereka pada malam pertama.
No comments:
Post a Comment