Monday, 1 December 2014
5 Tips & Cara Menggoda Suami
Yang Terbukti Berkesan!
5 Tips Menggoda & Memikat Suami. Isteri Kena Ghairah & Seksi!
Assalamualaikum pembaca,
Cara menggoda suami bukan perkara main-main. Nampak remeh, tapi penting. Di sini saya mahu
berkongsi tips untuk memikat semula hati suami yang sudah pudar kepada isteri. Saya dan suami
berusia 33 tahun. Kami sudah berumahtangga selama 10 tahun dan mempunyai 3 orang anak yang
masih kecil. Saya dan suami hampir bercerai kerana dia curang dengan rakan sekerjanya selama
hampir setahun. Mereka memang susah untuk dipisahkan. Untuk pengetahuan, suami saya seorang
kaki perempuan sejak dahulu lagi.
Jika tidur dia akan matikan telefon dan telefonnya diletakkan password. Pantang disentuh pasti dia akan mengamuk.
Pantang berjumpa dahi licin pasti dia tidak boleh duduk diam. Telefon bimbit pula sentiasa di dalam
simpanannya. Dia akan pergi ke mana-mana dengan telefon bimbitnya walaupun ke tandas. Jika
tidur dia akan matikan telefon dan telefonnya diletakkan password. Pantang disentuh pasti dia akan
mengamuk.
Semenjak saya tahu suami saya curang dengan gadis yang 10 tahun lebih muda dari saya, saya
nekad untuk berbuat sesuatu. Ini antara yang saya lakukan.
1. Diet dan kuruskan badan
Saya cuba untuk diet bersungguh-sungguh. Untuk pengetahuan semua, saya agak gemuk semasa
suami saya curang. Dari berat saya 73kg, turun ke 58kg. Saya berjaya hilang 15kg. Saya juga
berjaya mendapat potongan yang menarik. Spare tyre juga sudah tiada.
2. Mencantikkan diri luaran & dalaman
Selepas itu saya membeli produk yang ada di pasaran untuk kelihatan cantik dan muda. Saya
memilih produk untuk cantik luaran dan dalaman. Contohnya produk yang ‘mendarakan’ semula
para isteri selepas melahirkan anak. Selain itu, produk untuk kecantikan kulit muka juga sangat
penting untuk menaikkan seri muka. Carilah mana-mana yang sesuai.
BACA: 7 Cara Suami Perlu Tahu Agar Isteri Rajin & Pandai Masak. Petua & Tips Mudah!
3. Berhias dan seksi dalam rumah
Di samping itu jangan lupa untuk berhias walaupun di rumah. Pakailah walau secalit lip gloss ketika
suami ada di rumah. Sewaktu bercinta dahulu berkepuk-kepuk bedak kita pakai. Jangan lupa untuk
membeli baju baru. Berkorbanlah sedikit untuk kelihatan cantik di mata suami. Tidak salahkan?
Apabila ada masa terluang, saya akan memotong kuku suami, bersihkan
telinga, cabut janggut dan misai.
4. Layan suami bagai raja
Di samping itu, kita juga perlu memberi layanan extra kepada suami. Bukan hanya layanan di
bilik tidur sahaja. Jangan gelakkan saya pula tetapi memang saya lakukan tetapi saya meminta
kebenaran dari suami saya terlebih dahulu. Apabila ada masa terluang, saya akan memotong kuku
suami, bersihkan telinga, cabut janggut dan misai yang serabai, picit jerawat di belakang badannya,
bersihkan kelemumur di kepala menggunakan minyak zaitun dan urut bahu dan badannya semasa
dia menonton televisyen.
5. Kualiti masa bersama suami
Selain itu, saya juga banyak meluangkan masa berbual dengannya semasa anak sudah tidur.
Dengar masalah suami di tempat kerja, kadangkala temankan suami menonton bola walaupun
saya sendiri tidak minat. Sambil itu buatkan kopi bersama biskut untuk suami. Selain itu jangan lupa
masakkan makanan kegemaran suami.
Ternyata segala usaha saya tidak sia-sia. Suami saya suka dan dia semakin berubah. Ternyata
para suami sebenarnya seorang yang manja dan mahukan kita melayan dan memanjakan mereka
seperti kanak-kanak. Ternyata apabila kita berusaha dan memohon kepada Allah pasti hatinya
beralih kepada kita semula.
BACA: Apa Tindakan Isteri Jika Suami Curang? Baca 5 Petua & Tips Mudah Ini.
Suami saya meminta maaf kepada saya dan menyesal dengan apa yang sudah dia lakukan kepada
saya. Sekarang dia selalu meluangkan masa dengan kami dengan membawa anak-anak berjalan-
jalan. Telefon bimbitnya juga sudah tiada password. Dia juga selalu menyuruh saya menyimpan
telefonnya. Dia juga berjanji tidak akan berhubung lagi dengan perempuan itu lagi.
Cara Menggoda Suami Yang Berkesan
Suami saya betul-betul berubah. Dulu dia sering pulang lewat, sekarang tidak lagi. Dia lebih suka
menghabiskan masa di rumah. Dari marah-marah dia menjadi seorang yang periang. Paling saya
terharu dengan ucapannya kepada saya “Isteri abang ni semakin hari semakin manis, semakin ayu“.
Sedangkan dahulu semasa dia gilakan perempuan lain, dia selalu cakap saya seperti makcik.
Alhamdulillah segala usaha saya berbaloi. Rumahtangga saya juga semakin harmoni dan bahagia
daripada sebelum ini. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk semua.
Labels:
Perempuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment