Info Misteri. Sumpahan dan sihir dicatatkan sebagai antara budaya pop yang paling tua seusia
peradaban manusia, dan tidak diketahui bila ia sebenarnya bermula. Namun, apa yang jelas
sumpahan seumpamanya menjadi terkenal dan digunakan secara meluas sejak tamadun Mesir
Kuno.
Seiring dengan kemajuan zaman moden hari ini, tidak mustahil untuk kita simpulkan betapa
sumpahan dan paranormal umumnya juga mengambil pusingan yang sehala dengan teknologi.
Anda juga tentu pernah menonton sekurang-kurangnya salah satu dari puluhan judul-judul filem
seperti The Ring, Pulse, One Missed Call atau FEAR.COM.
Jika dilihat dari judul-judul filem tadi, jelas betapa sumpahan paranormal dipengaruhi perkembangan
teknologi, bermula dengan pita VHS dan telefon rumah, kemudian telefon bimbit sehinggalah
internet.
Walaupun para pembikin filem seram Jepun lebih kehadapan dalam idea rekaan seumpamanya,
namun satu laman web dari Sepanyol dikatakan benar-benar akan menghantui pengunjungnya
dengan sumpahan yang menyeramkan.
Laman Web Berhantu
'www.blindmaiden.com' atau dirujuk sebagai Blind Maiden adalah sebuah laman web yang
kononnya sangat jarang, malah tidak dapat dilayari melainkan pelawat menepati segala syarat-
syarat dibawah terlebih dahulu;
1. Pengunjung perlu duduk bersendirian, lebih tepat lagi, tiada orang lain berada di rumah.
2. Waktu untuk melayari laman web tersebut hendaklah tepat pada jam 12 tengah malam.
3. Pada malam yang tidak ada bulan.
4. Semua lampu perlu dipadamkan terlebih dahulu.
5. Tidak boleh ada sebarang barang yang berunsur keagamaan berhampiran komputer.
Menurut dakwaan sesetengah pihak, alamat sebenar laman web itu bukanlah
'www.blindmaiden.com' seperti digembar-gemburkan, sebaliknya adalah
'www.blaindmadelaine.com'. Pengunjung juga dikatakan hanya boleh dilayari pada hari khamis
(malam Jumaat).
Menurut dakwaan sesetengah pihak, perkara pertama yang akan muncul adalah himpunan imej-
imej yang menggangu fikiran. Imej-imej yang kononnya sangat teruk dan jarang dilihat sehinggakan
amat sukar untuk dijelaskan.
Gambar-gambar tersebut berupa individu-individu yang tidak mempunyai mata. Individu yang
berada dalam bilik seksaan, serta gambaran wajah lelaki dan wanita yang dipulas dalam keadaan
mengerikan!
Dengan setiap wajah-wajah yang muncul tadi digambarkan seolah-olah sedang menjerit! Gambar-
gambar tersebut dipaparkan dengan pantas, muncul di skrin satu persatu tanpa sebarang
penjelasan.
Selepas disambut dengan imej-imej tadi beberapa ketika, akan muncul soalan di skrin komputer
pengunjung yang berbunyi;
"Adakah anda berminat untuk merasai pengalaman seram yang sebenar?"
Dibawah soalan tersebut akan tertera dua butang, "Terima" atau "Tolak".
Sekiranya pengunjung mengklik butang "Terima", dipercayai nyawa mereka benar-benar sedang
dipertaruhkan, klik butang "Tolak" untuk selamat. Ini kerana, ketika pengunjung menerima jemputan
tadi, sumpahan telahpun diletakkan pada mereka.
Apa yang akan berlaku kemudiannya tidak dapat dielakkan. Pengunjung akan melihat gambaran
satu lembaga di skrin yang akan berjalan mendekati rumah mereka sendiri.
Kemudian, pengunjung akan melihat lembaga tadi memasuki rumah mereka, berjalan menuju ke
bilik pengunjung sehingga pengunjung boleh melihat belakang mereka sendiri terpamer pada skrin!
Pada ketika itu, pengunjung akan merasakan kehadiran lembaga tersebut dan akan merasakan
bahu mereka ditepuk!
Perkara terakhir yang akan dilihat oleh pengunjung yang telah disumpah adalah wajah Blind
Maiden, merenung mereka dengan mata yang dahsyat!
Blind Maiden dikatakan akan merobek mata pengunjung dan rakaman wajah mereka pada ketika itu
akan diabadikan sebagai sebahagian daripada gambar menakutkan di laman web tersebut.
Persoalannya, adakah laman web ini benar-benar wujud atau sekadar cerita rekaan yang dibawa
dari mulut ke mulut?
Legenda urban mengenai Blind Maiden mungkin kurang dikenali, namun di negara kelahirannya,
Sepanyol, cerita mengenai laman web tersebut sangat terkenal, malah ada pihak mengesahkan
ianya memang pernah wujud beberapa tahun lalu.
Menurut dakwaan seorang lelaki Sepanyol yang mendakwa pernah berjaya mengakses laman web
itu pada suatu hari;
"Maiden Blind atau Blind Maiden atau La Doncella Ciega. Panggillah apa saja yang anda suka,
legenda urban ini memang benar-benar wujud, malah saya sendiri hampir menderita akibat bermain
dengan laman yang dahsyat ini.
"Ceritanya adalah mengenai satu laman web yang hanya boleh diakses ketika anda benar-benar
bersendirian, semua lampu dipadamkan dan tepat tengah malam. Selepas itu, apa saja yang anda
lakukan, jangan sekali-kali berani untuk mengklik bila anda diminta untuk "Terima Cabaran". Sebab,
jika anda menerimanya, anda akan mati dalam tempoh hanya beberapa minit!
"Saya tidak memperdulikan nasihat itu dan pada ketika saya mengklik butang "Terima", apa yang
saya lihat di skrin benar-benar terjadi. Saya melihat satu lembaga berjalan ke arah yang kelihatan
seperti rumah saya sendiri dan saya melihat dia mendekti tempat saya berada.
"Disebabkan terlalu takut, seluruh badan saya menjadi kaku. Kemudian dia menghampiri pintu dan
menolak daun pintu. Apabila saya memusingkan badan, saya melihat pintu sudah terbuka, lantas
saya melihat satu wajah yang tak dapat saya jelaskan melainkan yang benda itu tidak mempunyai
mata!
"Dia mendekati saya sambil berbisik dalam bahasa yang saya tidak fahami. Apa yang tidak boleh
saya lupakan adalah ekspresi wajahnya yang sangat ganas. Saya bangun dan lari dengan segala
kudrat namun kaki saya tergelincir waktu itu menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk pada bucu
meja.
"Saya pengsan dan tidak sedarkan diri. Saya bernasib baik kerana terselamat walaupun mungkin
disangkakan sudah mati ketika pengsan.
"Selepas itu saya tidak pernah lagi bermain-main dengan perkara yang berkaitan dengan
paranormal apatah lagi memandang rendah keupayaannya."
Walaupun dengan adanya dakwaan seperti itu tadi, sebenarnya ada lebih banyak dakwaan
berbanding fakta sebenar. Malah, sebenarnya tidaklah seseram seperti yang diuar-uarkan.
Memang diakui laman web ini pernah wujud namun, menurut dua orang programmer Uruguay dari
SONRIS, tidak ada apa-apa yang paranormal pun mengenai laman web tersebut.
Setiap laman web boleh dikonfigurasikan untuk hanya boleh diakses pada waktu-waktu tertentu
dengan menghubungi pembekal domain tersebut. Atau pemilik laman web tersebut sendiri
menetapkan laman web miliknya hanya boleh diakses pada waktu tengah malam melalui panel
kawalan.
Visual dan audio yang digunakan dalam web tersebut adalah dalam format video flash. Malah imej
dalam montaj dikatakan boleh ditemui melalui carian Google dengan hanya menaip perkataan yang
ada kena mengena dengan "Paranormal".
Dan lagi, imej yang digunakan pada laman utama web tersebut sebenarnya diambil daripada filem
The Grudge. Tambahan pula dengan bunyi jeritan yang muncul bersama montaj adalah efek bunyi
yang cukup dikenali dikalangan pengeluar-pengeluar filem.
Akhir sekali, virus trojan boleh memberi akses kepada webcam anda sekaligus menjelaskan
dakwaan sesetengah pengunjung yang melihat diri mereka sendiri pada skrin. Tambahan lagi ramai
yang mendakwa mereka mendapat amaran virus ketika cuba untuk klik pada butang "Terima".
Apa yang kami tahu, laman web ini sudah ditutup sejak beberapa tahun lepas dan kini kekal menjadi
Urban Legend untuk menakut-nakutkan pengguna internet. Pun begitu, kalau masih ada yang
terakses web tersebut secara tak sengaja di suatu malam Jumaat dan kawan-kawan serumah anda
balik kampung (manalah tahu kan). Jangan sekali-kali berani klik butang "Terima"!
Yelah, nanti komputer kena virus kan! Heh..
No comments:
Post a Comment