Wednesday, 3 December 2014

Misteri Teori Paranormal Stone Tape

Teori Stone Tape bermula pada sekitar 1970an selepas dipopularkan oleh Nigel Kneale di TV ketika

itu dan menjadi topik perdebatan sehingga ke hari ini dalam mencari penjelasan tentang kewujudan

hantu.

Teori Stone Tape berkisar tentang objek bukan hidup di kawasan sekeliling yang menyerap sesuatu

bentuk tenaga daripada benda hidup pada suatu peristiwa penting yang pernah memberi tekanan

tinggi, emosional dan trauma dalam hidup seseorang seperti kejadian pembunuhan.

Sebagai contoh, sesuatu lokasi yang mungkin terdiri daripada batu-bata atau kayu atau pun besi

yang mungkin menyerap dan menyimpan emosi atau peristiwa yang mempunyai tahap emosi yang

tinggi.

Tenaga ini dilepaskan dalam bentuk rakaman atau gema dan akan terus menerus diulangi di sekitar

tempat kejadian seperti perakam video dan tidak terkesan dengan perubahan kawasan tersebut.

Para pengkaji peristiwa paranormal sering menggelar fenomena ini sebagai gangguan sisa

tinggalan.

Kita sering mendengar kisah-kisah seperti kelihatan kelibat seseorang yang pernah tinggal di

sesuatu tempat sedang melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang, walaupun orang itu

sudah lama meninggal dunia.

Sebagai contoh terbaik yang selalu didengari ialah kelihatan seorang yang pernah terjun daripada

sesuatu bangunan walaupun kejadian membunuh dirinya sudah lama berlaku.

Antara contoh lain adalah seperti yang selalu diceritakan oleh orang awam yang pernah melihat

kelibat beberapa individu yang pernah menghuni Kelly's Castle, sebuah istana tinggalan sejarah

pada zaman kolonial Inggeris yang terletak di negeri Perak. Kelibat-kelibat ini sering kelihatan

melakukan aktiviti yang sama dan berulang-ulang.

Namun begitu, dikatakan bahawa bukan semua orang boleh melihat fenomena paranormal ini.

Orang yang mempunyai deria keenam yang kuat serta sedikit kelebihan dalam kuasa psikik sahaja

yang boleh melihatnya.

Penjelasan Saintifik

Setiap kejadian paranormal pasti akan diselidiki oleh kedua-dua pihak yang ragu-ragu tentang

kesahihannya dan juga orang yang mempercayainya.

Adalah rasional untuk kita mengesyaki kebenaran teori ini kerana setakat ini tiada bukti kukuh yang

pernah didapati bagi mengesahkan kesahihannya selain daripada pengakuan individu-individu

tertentu.

Antara penjelasan saintifik mengenai fenomena ini ialah budaya di mana budaya yang mempunyai

kecenderungan untuk mempercayai sesuatu fenomena paranormal lebih mudah untuk mentafsir dan

mengaitkan kejadian pelik dengan aktiviti paranormal.

Selain itu, paras Dopamine yang tinggi turut dikatakan memberi kesan terhadap orang yang

mengakibatkannya mengalami fenomena tersebut.

Dopamine merupakan sejenis kompaun yang ada dalam badan sebagai Neurotransmitter, salah

satu kimia yang bertanggungjawab untuk menghantar isyarat-isyarat antara sel saraf (neuron) dalam

otak.

Paras Dopamine yang tinggi dikatakan dapat meningkatkan nisbah Isyarat-kepada-Bunyi, iaitu

kebolehan untuk menghantar isyarat ke otak dan mengurangkan bunyi yang tidak berkaitan.

Namun begitu, adalah sukar untuk dipastikan setakat mana kebenaran penjelasan saintifik kerana

tahap teknologi yang masih jauh ketinggalan bagi mengkaji perkara di luar kapasiti dan jasmani

manusia.

Pernahkah anda mengalami sendiri fenomena misteri ini? Mungkin anda merupakan individu yang

lebih layak untuk bercakap tentang kesahihannya.

No comments:

Post a Comment