Monday, 1 December 2014

Isteri Kedua Kongsi Tips Penjagaan Diri Wanita. Menarik!



Penjagaan Diri Wanita

Assalamualaikum pembaca,

Saya adalah isteri kedua. Semasa berkahwin dengan suami, saya tidak tahu mengapa suami saya

mengambil keputusan untuk berkahwin lagi. Saya lihat isterinya baik sahaja.

Rahsia Terbongkar

Sehinggalah pada suatu hari saya memaksa suami bercerita mengapa dia berkahwin lagi. Akhirnya

suami saya membuka mulut. Suami saya kata, isteri pertamanya tidak menjaga tempat tidurnya. Dia

juga tidak mengamalkan jamu setelah beranak-pinak. Tetapi yang paling membuatkan suami tidak

selesa adalah kemaluan isterinya berbau sehingga suami saya tidak tahan dan mengambil

keputusan untuk berkahwin seorang lagi.

Kenapa Salahkan Isteri Muda?

Saya sangat terkejut dengan pengakuan suami saya itu. Bukan saya mahu bangga diri tetapi wanita

dan jamu memang tidak dapat dipisahkan. Sepatutnya perempuan harus pandai menjaga kesihatan

diri. Apabila suami cari lain, mengapa harus menyalahkan isteri muda pula? Mengapa tidak cermin

diri sendiri? saya begitu menitikberatkan hal rumahtangga sehingga hal makan, pakaian suami tidak

pernah saya abaikan. Sehingga suami saya beritahu yang dia sungguh beruntung memilik saya.

Jadi para isteri sekalian, jagalah diri anda baik luaran mahupun dalaman. Jika suami sudah cari lain

nanti jangan salahkan isteri kedua kerana mereka lebih baik dari dirimu.

No comments:

Post a Comment