dari kita adalah filem Hollywood yang diterajui pelakon Tommy Lee Jones dan Will Smith.
Tahukah anda, beberapa dekad sebelum filem fiksyen ini digarap, cerita 'Men In Black'
sememangnya sudah hangat diperkatakan di Amerika. Apa ceritanya?
Cerita-cerita mengenai 'Men In Black' ini paling hangat diperkatakan pada sekitar tahun 1950 dan
1960. Sekitar tahun itu, seorang wartawan yang tinggal di Pinewood, West Virginia, Amerika
Syarikat mendakwa dia telah dikunjungi beberapa orang lelaki, dipercayai ejen MIB.
Wartawan itu yang sebelumnya pernah menghantar artikel mengenai kewujudan 'Men In Black' di
West Virginia telah diugut dan digertak oleh ejen-ejen tersebut. Wartawan itu turut diarah supaya
berhenti menulis apa juga artikel berkisarkan kewujudan 'Men In Black'.
Sesetengah pihak berpendapat, agensi atau pertubuhan misteri yang digelar MIB ini sememangnya
beroperasi di West Virginia untuk mengkaji kewujudan Mothman yang menggemparkan West
Virginia sekitar 1960.
Laporan paling popular mengenai kewujudan 'Men In Black' terjadi sekitar tahun 1976 dimana
seorang pengkaji UFO, Dr. Herbert Hopkins mendakwa dia telah didatangi beberapa orang
berpakaian serba hitam menyoal siasat beliau. (http://www.huffingtonpost.com/2012/05/23/men-in-
black-inspired-ufos-government-agents_n_1536996.html)
Kejadian ini berlaku beberapa minit setelah Dr. Hopkins menamatkan perbualan telefonnya dengan
seseorang yang mengaku dirinya sebagai Naib Presiden New Jersey UFO Research Organization
yang mana perbincangan telefon mereka berkisar tentang fenomena makhluk asing.
Sepanjang disoal-siasat, Dr. Hopkins menyedari banyak kejanggalan pada 'tetamu-tetamunya' itu.
Bukan sahaja penampilan, tindak-tanduk serta tutur bicara mereka agak janggal dari kelakuan
manusia biasa.
'Men In Black'dalam 'American Popular Culture' dan 'UFO Conspiracy Theories' merujuk kepada
lelaki bersuit hitam yang mendakwa diri mereka ejen kerajaan yang mana tugas mereka ialah
mengugut serta menggangu saksi-saksi fenomen berkenaan 'Makhluk Asing' supaya mereka
mendiamkan diri.
Beberapa teori menyatakan bahawa ejen-ejen MIB bukanlah manusia biasa, mereka ini adalah
hybrid manusia alien yang ditugaskan untuk menutup bukti-bukti campurtangan makhluk asing di
bumi.
Ada juga teori menyatakan mereka ini sememangnya Alien yang menyamar sebagai 'Ejen
Kerajaan'.
Fizikal mereka juga dikatakan sedikit berbeza dimana dikatakan jari-jari mereka lebih panjang dan
mata mereka sepet atau lebih besar dari manusia normal.
Itu menjawab persoalan mengapa mereka akan tampil dengan memakai kacamata hitam.
Banyak lai cerita dan dakwaan mengenai kunjungan MIB pernah dilaporkan. Ia juga pernah menjadi
satu isu yang hangat satu ketika duhulu.
Bagi kita yang disogok dengan 'MIB' yang ejen-ejennya agak sengal-sengal buih dalam bentuk
filem, kelakar rasanya nak percaya MIB ni wujud.
No comments:
Post a Comment