Wednesday, 3 December 2014

Misteri Penemuan Galaksi Seperti Zamrud

Sebuah galaksi aneh berbentuk segi empat panjang mirip seperti potongan zamrud telah ditemui

oleh ahli astronomi.

Galaksi berbentuk pelik itu berjaya dikesan menggunakan alat khusus untuk mencari sesuatu

anomali di luar angkasa.

Alat tersebut diberi nama Teleskop Subaru Jepun, milik kepunyaan seorang ahli astrofizik dari

Universiti Teknologi Swinburne (UTS) di Australia, Dr. Lee Spitler.

Ketika ditemui, fenomena kosmik berbentuk unik itu berada dalam sebuah gugusan yang terdiri

daripada 250 buah galaksi. Kedudukannya pula dikesan terletak pada jarak sekitar 70 juta tahun

cahaya dari Bumi.

Ahli astronomi sebelum ini tidak dapat mengenal pasti bentuk segi empat panjang pada galaksi.

Justeru, penemuan kali ini hanya dinamakan sebagai LEDA 074886 atau 'galaksi potongan zamrud'.

Dalam ilmu astronomi, galaksi bermaksud suatu sistem yang sangat besar. Terdiri daripada jutaan

gugusan bintang dan nebula. Jumlah galaksi dalam sistem suira kini dianggarkan sekitar 100 juta

banyaknya. Salah satunya ialah galaksi Bimasakti (Milky Way) dimana kita hidup sekarang ini.

Menurut Profesor Dr. Alister Graham dari Pusat Astrofizik di UTS, dalam jutaan penemuan galaksi

sebelum ini, belum pernah ada galaksi unik berbentuk empat segi panjang dijumpai dalam alam

semesta. Biasanya, galaksi yang ditemui berbentuk pilin, lentil, bujur, sementara ada sebahagiannya

tidak mempunyai bentuk.

Tapi, Dr. Graham berkata, penemuan terbaru ini telah membuatkan ramai pengkaji astronomi

tersenyum lebar kerana kewujudannya tidak pernah difikirkan akan ada dalam alam semesta kita.

Tambahan pula, spesis galaksi baru ini benar-benar unik kerana bentuknya kelihatan eksotik, lain

daripada biasa dan menentang hukum alam.

Selain bentuknya yang pelik, di dalam LEDA 074886 juga memiliki cakeram atau piring bintang

sebaris dengan garis panjang galaksi. Piring bintang ini tidak duduk diam, ia berputar dengan

kecepatan 33 kilometer sejam. Disamping itu, ia turut dikenal pasti sebagai galaksi berstatus kerdil

kerana bersaiz kurang 50 kali bintang dari galaksi Bimasakti.

Saintis masih cuba mempelajari bagaimana LEDA 074886 boleh keluar daripada paten galaksi

biasa. Teori awal mengatakan bahawa ia mungkin terbentuk daripada beberapa interaksi graviti

pasang-surut hingga menyebabkan galaksi itu memiliki bentuk luar biasa.

Bagaimanapun, ramai saintis tidak begitu yakin dengan andaian itu. Lalu, dicadangkan pula

kemungkinan lain bahawa galaksi eksotik itu terbentuk daripada pertembungan dua buah galaksi

berbentuk cengkeram. Impak daripada perlanggaran itu, gas disekeliling galaksi tersedut dan

tenggelam ke pusat galaksi.

Kesan penggabungan itu juga menyebabkan jutaan bintang bertaburan, lalu membentuk seperti

kotak. Namun apabila diamati dari bumi, bintang-bintang yang berkumpul itu tidak terlihat seperti

kotak, sebaliknya membentuk seakan segi empat panjang.

Begitu pun, sebahagian pengkaji bintang cuba menidakkan bentuk LEDA 074886 seperti yang

dikatakan. Galaksi yang baru ditemui itu dikatakan tidak mungkin berbentuk segi empat panjang.

Tapi ia dipercayai hanya menyerupai sisi berbentuk galaksi cakeram dan kelihatan seperti silinder

pendek.


Hipotesis ini disokong daripada pengamatan menggunakan teleskop raksasa Keck di Hawaii.

Teleskop berkenaan mendedahkan bahawa cakeram nipis pada LEDA 074886 dilihat bergerak

pantas dengan bahagian tepi tersembunyi pada pusat galaksi.

Sisi paling jauh yang diukur dari cakeram galaksi ini didapati berputar pada kelajuan lebih dari

100,000 kilometer sejam (62,000 mph). Sayangnya, teleskop tersebut tidak dapat memastikan

adakah bentuk sebenar LEDA 074886, sama ada patennya seperti cakeram ataupun tidak.

Dr. Graham berpendapat, jika penemuan galaksi potongan zamrud itu tepat, maka ini adalah satu

lagi kejayaan dalam memperkayakan keragaman bentuk galaksi di angkasa raya. Saintis ini berasa

yakin bahawa penemuan ini boleh membuka horizon baru dalam kajian evolusi galaksi dalam alam

semesta.

No comments:

Post a Comment