Wednesday, 3 December 2014
Fakta Menarik Tentang Lelaki
1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih
mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan
paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka
akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua
karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan
mereka benar-benar serius.
11. Lelaki juga akan menangis.
12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah
kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak
ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk
mendapatkan jawapan.
14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita
beberapa kuntum bunga ros.
19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan korang seorang pendengar yang setia.
20. Adalah lebih baik korang menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya.
Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan
lelaki.
24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang
mereka berikan tidak disukai.
25. Lelaki lebih banyak berfikir.
26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
28. Sukar untuk lelaki melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3
tahun.
29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat
daripada kekasih mereka.
31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat
penting.
32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar
mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan
mereka hanya sekadar kawan.
36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang
kedua.
37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
Labels:
Lelaki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment