Thursday, 4 December 2014

ape? Dia berjalan atas air!!


Power!! Umur 9 tahun pandu Ferrari!!


Lelaki mencabar minum 10 tin cola setiap hari selama satu bulan, anda tak dapat sangka bertapa berat dia sekarang!

Kelab kesihatan Los Angelas, George 50 tahun mencabaruntuk menguji minuman yang paling terkenal di dunia, dan pada akhirnya berapa banyak gula terserap dengan minum 10 tin Coke selama sebulan. Pada asalnya, beliau mempunyai badan yang sihat dan tegap, tetapi selepas satu bulan minum 10 tin Coke setiap sehari, beliau... berperut tuna dan payudara kendur. 
Beliau menambah berat badan 10kg hanya dalam satu bulan, ia merupakan kadar yang mengejutkan . Di samping itu, bapa yang mempunyai dua kanak-kanak juga ini jugak terasa mempunyai keinginan yang kuat untuk Coke , beliau risau dia sudah tertagih dengannya. 
George berkata : " Saya berharap kita semua ambik perhatian terhadap jumlah gula dalam diet kehidupan kita, gula yang berlebihan boleh memusnahkan kesihatan kita . "
Berat badannya dari asalnya 76 kg melambung kepada 87 kg . Selain itu, beliau juga perasaan peningkatan mendadak gula dalam darah , dan tekanan darah jugak meningkat dari 129/77 ke 145/96. Beliau cuba mengekalkan diet yang sihat, akan tetapi dia tidak boleh makan seperti biasa , kerana perut dia mungkin penuh dengan air minuman itu. Kini Beliau kata dia tidak ingin mencuba lagi, kerana beliau perlu pergi tandas sentiasa dan sentiasa rasa kenyang. Selain itu, rumah ada banyak botol kosong

Wednesday, 3 December 2014

Nora Danish Dikecam Pakai Baju Ala-ala Arab

Dek kerana memakai baju ala-ala arab yang seksi, Nora Danish mendapat kecaman hebat oleh

pengikutnya di Instagram.

Difahamkan Nora Danish berpakaian sedemikian rupa kerana menghadiri satu majlis bagi

memperkenalkan dirinya sebagai duta kecantikan sesebuah produk.

Difahamkan juga baju berkenaan adalah hasil ciptaan pereka muda Rizman Ruzaini.

Bagaimanapun, Nora Danish dikecam teruk oleh pengikut Instagramnya keran menggayakan

pakaian tersebut sehingga ada yang menyamakannya dengan arab jahiliyah.

Tahukah Anda Blackberry Hampir Dinamakan Strawberry


Tahukah Anda? Diasaskan oleh seorang imigran Greek di bandar Waterloo, Kanada. Pengasas

Research in Motion, Mike Lazaridis telah dilahirkan di Turki, pernah mereka sebuah alat rakaman

dari Lego pada umur 4 (empat) tahun, membuat sebuah radio pada umur 5 (lima) tahun, dan pernah

belajar di Universiti Waterloo, seperti yang dikutip Serupedia.

Dia memilih untuk berhenti daripada pengajiannya setelah memenangi kontrak bernilai 560 ribu US

Dollar. Para perancang ekonomi pernah meramalkan bahawa sekumpulan pesaing besar akan

menenggelamkan produk Blackberry dengan membanjiri pasaran dengan produk yang serupa.

Namun hingga ke saat ini, tidak ada satu pun perusahaan seperti Nokia, Motorola atau bahkan

Microsoft yang sanggup menjadi pesaing untuk Blackberry.

Kegemilangan jenama Blackbery adalah berdasarkan penampilannya yang sangat mesra pengguna

dan para pengguna boleh saling berhubung antara satu sama lain tidak kira walau di manapun anda

berada. Anda boleh kerap mengakses email (ketika ini Facebook, Blogging, dll).

Sejak pelancarannya pada tahun 1999, Blackberry telah mempunyai lebih dari 8 juta pelanggan di

seluruh dunia. Sejajar dengan peningkatan kemampuan layanan komunikasi selular, Blackberry pun

turut sama meningkat. Dengan makin turunnya pembiayaan kos komunikasi, akhirnya Blackberry

bagaikan menjadi sebuah fenomena di seluruh dunia.

Pada mulanya, Blackberry ingin di namakan POCKET LINK, iaitu sebuah nama yang multi fungsi

namun membosankan. Kemudian, ia juga hampir-hampir di namakan sebagai STRAWBERRY,

kerana produknya yang mirip dengan buah strawberry. Akhirnya, dengan perseutujuan semua

pihak, ia dinamakan BLACKBERRY, iaitu sebuah nama yang akrab dan lebih cerdas.

Blackberry pada mulanya masuk ke pasaran buat pertama kali dengan memfokuskan pada layanan

e-mail pantas. Pada awalnya, produk keluaran Blackberry hanya memiliki skrin jenis monokrom,

tetapi sekarang semua modelnya sudah memiliki skrin layar berwarna.

Ketika ini, RIM juga menawarkan layanan email Blackberry untuk produk-produk bukan Blackberry

seperti Palm Treo dan Nokia E61, melalui peranti lunak Blackberry Connect.

Mengapa banyak orang yang meminati produk BlackBerry? Salah satunya adalah kepantasannya

mengirim dan menerima email: sepantas mengirim dan menerima SMS.

Blackberry kini bagaikan menjadi gajet yang wajib dimilki oleh para remaja yang ingin diakui

kemodenannya. Setelah aplikasi Gossip Girl secara fenomena mempromosikan Blackberry, gajet ini

telah dilabel oleh anak-anak muda sebagai lambang status kelas atas.

Hero Transfomers Dakwa Dia Telah Dirogol Oleh Seorang Wanita

Pelakon utama Filem Transformers, Shia LaBeouf baru-baru ini telah mengejutakan ramai pihak

apabila membuat satu pendedahan di mana beliau mendakwa telah dirogol oleh seorang wanita

ketika berada di sebuah pameran seni pada Februari lalu.

Dia mendakwa semasa duduk berseorangan di pameran itu seorang wanita telah datang kearahnya

dn terus memeluk dan merogolnya.

“Seorang wanita yang datang bersama kekasihnya, kemudian datang secara tiba-tiba ke arah

saya dan mula mengawal saya, dia buka pakaian saya dan terus merogol saya.

“Selepas kejadian itu, wanita itu terus berjalan meninggalkan saya dalam keadaan rambutnya

yang tidak terurus dan mekap yang serabai,” katanya memetik laporan People.

Kejadian itu telah disaksikan oleh kekasihnya, Mia Goth , yang kebetulan baru sampai untuk

meraikan hari kekasih telah membuatkan mereka bergaduh besar.

Namun hubungan mereka kembali pulih seminggu selepas itu selepas Shia telah menjelaskan

tentang perkara sebenar yang terjadi kepada Mia.

Menurut beliau kejadian itu telah menyebabkan dia menjadi trauma dan meninggalkan kesan yang

mendalam dalam hidupnya

Selamat Tinggal Naruto, Setelah 15 Tahun Menghiburkan Kami




Bagi peminat Manga pasti mengetahui tentang tamatnya sebuah manga yang cukup terkenal iaitu

Naruto. Sebuah karya dari Masashi Kishimoto yang amat digemari di seluruh dunia.

Penamatnya talah pun apabila semalam siri terakhir episod 700  naruto telah di keluarkan ini pasti

akan menimbulkan perasaan sedih bagi peminat kartun manga ini.

Bukan satu tempoh yang singkat manga ini memikat pengikutnya untuk sentiasa membaca

kemaskininya setiap minggu. Pastinya hari Rabu atau Khamis tidak dapat melihat perkembangan

Naruto lagi.

Anime ini mengisahkan tentang watak utama yang bernama Uzumaki Naruto, seorang pemuda yang

bersikap nakal, hiperaktif dan penduduk di sekitar kampung tidak menyukainya. Naruto bercita-cita

untuk menjadi seorang Hokage iaitu satu gelaran yang diberikan untuk Kage atau ketua ninja,

selaku ninja terkuat di sesebuah kampung dengan harapan untuk lupakan tanggapan buruk

terhadap masyarakat sekitar terhadap dirinya.

Dalam pada itu, Kishimoto pemilik karya ini dilaporkan menerima ucapan selamat maju jaya

daripada ribuan peminatnya di seluruh dunia, walaupun Naruto tidak diterbitkan di luar Jepun, komik

ninja itu telah dialih bahasa di banyak negara termasuk Malaysia.

Sebenarnya, manga Naruto ini bukan hanya sekadar hiburan semata-mata. Ada banyak perkara

yang boleh menjadi kenangan ketika membaca manga Naruto ni

LARI ! PRANK BERPAKAIAN BADUT. TERBAIK.


Jangan Sekali kala berbogel dalam bilik!?


Misteri Laman Web Berhantu Blind Maiden

Info Misteri. Sumpahan dan sihir dicatatkan sebagai antara budaya pop yang paling tua seusia

peradaban manusia, dan tidak diketahui bila ia sebenarnya bermula. Namun, apa yang jelas

sumpahan seumpamanya menjadi terkenal dan digunakan secara meluas sejak tamadun Mesir

Kuno.

Seiring dengan kemajuan zaman moden hari ini, tidak mustahil untuk kita simpulkan betapa

sumpahan dan paranormal umumnya juga mengambil pusingan yang sehala dengan teknologi.

Anda juga tentu pernah menonton sekurang-kurangnya salah satu dari puluhan judul-judul filem

seperti The Ring, Pulse, One Missed Call atau FEAR.COM.

Jika dilihat dari judul-judul filem tadi, jelas betapa sumpahan paranormal dipengaruhi perkembangan

teknologi, bermula dengan pita VHS dan telefon rumah, kemudian telefon bimbit sehinggalah

internet.

Walaupun para pembikin filem seram Jepun lebih kehadapan dalam idea rekaan seumpamanya,

namun satu laman web dari Sepanyol dikatakan benar-benar akan menghantui pengunjungnya

dengan sumpahan yang menyeramkan.

Laman Web Berhantu

'www.blindmaiden.com' atau dirujuk sebagai Blind Maiden adalah sebuah laman web yang

kononnya sangat jarang, malah tidak dapat dilayari melainkan pelawat menepati segala syarat-

syarat dibawah terlebih dahulu;

1. Pengunjung perlu duduk bersendirian, lebih tepat lagi, tiada orang lain berada di rumah.

2. Waktu untuk melayari laman web tersebut hendaklah tepat pada jam 12 tengah malam.

3. Pada malam yang tidak ada bulan.

4. Semua lampu perlu dipadamkan terlebih dahulu.

5. Tidak boleh ada sebarang barang yang berunsur keagamaan berhampiran komputer.

Menurut dakwaan sesetengah pihak, alamat sebenar laman web itu bukanlah

'www.blindmaiden.com' seperti digembar-gemburkan, sebaliknya adalah

'www.blaindmadelaine.com'. Pengunjung juga dikatakan hanya boleh dilayari pada hari khamis

(malam Jumaat).

Menurut dakwaan sesetengah pihak, perkara pertama yang akan muncul adalah himpunan imej-

imej yang menggangu fikiran. Imej-imej yang kononnya sangat teruk dan jarang dilihat sehinggakan

amat sukar untuk dijelaskan.

Gambar-gambar tersebut berupa individu-individu yang tidak mempunyai mata. Individu yang

berada dalam bilik seksaan, serta gambaran wajah lelaki dan wanita yang dipulas dalam keadaan

mengerikan!

Dengan setiap wajah-wajah yang muncul tadi digambarkan seolah-olah sedang menjerit! Gambar-

gambar tersebut dipaparkan dengan pantas, muncul di skrin satu persatu tanpa sebarang

penjelasan.

Selepas disambut dengan imej-imej tadi beberapa ketika, akan muncul soalan di skrin komputer

pengunjung yang berbunyi;

"Adakah anda berminat untuk merasai pengalaman seram yang sebenar?"

Dibawah soalan tersebut akan tertera dua butang, "Terima" atau "Tolak".

Sekiranya pengunjung mengklik butang "Terima", dipercayai nyawa mereka benar-benar sedang

dipertaruhkan, klik butang "Tolak" untuk selamat. Ini kerana, ketika pengunjung menerima jemputan

tadi, sumpahan telahpun diletakkan pada mereka.

Apa yang akan berlaku kemudiannya tidak dapat dielakkan. Pengunjung akan melihat gambaran

satu lembaga di skrin yang akan berjalan mendekati rumah mereka sendiri.

Kemudian, pengunjung akan melihat lembaga tadi memasuki rumah mereka, berjalan menuju ke

bilik pengunjung sehingga pengunjung boleh melihat belakang mereka sendiri terpamer pada skrin!

Pada ketika itu, pengunjung akan merasakan kehadiran lembaga tersebut dan akan merasakan

bahu mereka ditepuk!

Perkara terakhir yang akan dilihat oleh pengunjung yang telah disumpah adalah wajah Blind

Maiden, merenung mereka dengan mata yang dahsyat!

Blind Maiden dikatakan akan merobek mata pengunjung dan rakaman wajah mereka pada ketika itu

akan diabadikan sebagai sebahagian daripada gambar menakutkan di laman web tersebut.

Persoalannya, adakah laman web ini benar-benar wujud atau sekadar cerita rekaan yang dibawa

dari mulut ke mulut?

Legenda urban mengenai Blind Maiden mungkin kurang dikenali, namun di negara kelahirannya,

Sepanyol, cerita mengenai laman web tersebut sangat terkenal, malah ada pihak mengesahkan

ianya memang pernah wujud beberapa tahun lalu.

Menurut dakwaan seorang lelaki Sepanyol yang mendakwa pernah berjaya mengakses laman web

itu pada suatu hari;

"Maiden Blind atau Blind Maiden atau La Doncella Ciega. Panggillah apa saja yang anda suka,

legenda urban ini memang benar-benar wujud, malah saya sendiri hampir menderita akibat bermain

dengan laman yang dahsyat ini.

"Ceritanya adalah mengenai satu laman web yang hanya boleh diakses ketika anda benar-benar

bersendirian, semua lampu dipadamkan dan tepat tengah malam. Selepas itu, apa saja yang anda

lakukan, jangan sekali-kali berani untuk mengklik bila anda diminta untuk "Terima Cabaran". Sebab,

jika anda menerimanya, anda akan mati dalam tempoh hanya beberapa minit!

"Saya tidak memperdulikan nasihat itu dan pada ketika saya mengklik butang "Terima", apa yang

saya lihat di skrin benar-benar terjadi. Saya melihat satu lembaga berjalan ke arah yang kelihatan

seperti rumah saya sendiri dan saya melihat dia mendekti tempat saya berada.

"Disebabkan terlalu takut, seluruh badan saya menjadi kaku. Kemudian dia menghampiri pintu dan

menolak daun pintu. Apabila saya memusingkan badan, saya melihat pintu sudah terbuka, lantas

saya melihat satu wajah yang tak dapat saya jelaskan melainkan yang benda itu tidak mempunyai

mata!

"Dia mendekati saya sambil berbisik dalam bahasa yang saya tidak fahami. Apa yang tidak boleh

saya lupakan adalah ekspresi wajahnya yang sangat ganas. Saya bangun dan lari dengan segala

kudrat namun kaki saya tergelincir waktu itu menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk pada bucu

meja.

"Saya pengsan dan tidak sedarkan diri. Saya bernasib baik kerana terselamat walaupun mungkin

disangkakan sudah mati ketika pengsan.

"Selepas itu saya tidak pernah lagi bermain-main dengan perkara yang berkaitan dengan

paranormal apatah lagi memandang rendah keupayaannya."

Walaupun dengan adanya dakwaan seperti itu tadi, sebenarnya ada lebih banyak dakwaan

berbanding fakta sebenar. Malah, sebenarnya tidaklah seseram seperti yang diuar-uarkan.

Memang diakui laman web ini pernah wujud namun, menurut dua orang programmer Uruguay dari

SONRIS, tidak ada apa-apa yang paranormal pun mengenai laman web tersebut.

Setiap laman web boleh dikonfigurasikan untuk hanya boleh diakses pada waktu-waktu tertentu

dengan menghubungi pembekal domain tersebut. Atau pemilik laman web tersebut sendiri

menetapkan laman web miliknya hanya boleh diakses pada waktu tengah malam melalui panel

kawalan.


Visual dan audio yang digunakan dalam web tersebut adalah dalam format video flash. Malah imej

dalam montaj dikatakan boleh ditemui melalui carian Google dengan hanya menaip perkataan yang

ada kena mengena dengan "Paranormal".

Dan lagi, imej yang digunakan pada laman utama web tersebut sebenarnya diambil daripada filem

The Grudge. Tambahan pula dengan bunyi jeritan yang muncul bersama montaj adalah efek bunyi

yang cukup dikenali dikalangan pengeluar-pengeluar filem.

Akhir sekali, virus trojan boleh memberi akses kepada webcam anda sekaligus menjelaskan

dakwaan sesetengah pengunjung yang melihat diri mereka sendiri pada skrin. Tambahan lagi ramai

yang mendakwa mereka mendapat amaran virus ketika cuba untuk klik pada butang "Terima".

Apa yang kami tahu, laman web ini sudah ditutup sejak beberapa tahun lepas dan kini kekal menjadi

Urban Legend untuk menakut-nakutkan pengguna internet. Pun begitu, kalau masih ada yang

terakses web tersebut secara tak sengaja di suatu malam Jumaat dan kawan-kawan serumah anda

balik kampung (manalah tahu kan). Jangan sekali-kali berani klik butang "Terima"!

Yelah, nanti komputer kena virus kan! Heh..

Misteri Penemuan Galaksi Seperti Zamrud

Sebuah galaksi aneh berbentuk segi empat panjang mirip seperti potongan zamrud telah ditemui

oleh ahli astronomi.

Galaksi berbentuk pelik itu berjaya dikesan menggunakan alat khusus untuk mencari sesuatu

anomali di luar angkasa.

Alat tersebut diberi nama Teleskop Subaru Jepun, milik kepunyaan seorang ahli astrofizik dari

Universiti Teknologi Swinburne (UTS) di Australia, Dr. Lee Spitler.

Ketika ditemui, fenomena kosmik berbentuk unik itu berada dalam sebuah gugusan yang terdiri

daripada 250 buah galaksi. Kedudukannya pula dikesan terletak pada jarak sekitar 70 juta tahun

cahaya dari Bumi.

Ahli astronomi sebelum ini tidak dapat mengenal pasti bentuk segi empat panjang pada galaksi.

Justeru, penemuan kali ini hanya dinamakan sebagai LEDA 074886 atau 'galaksi potongan zamrud'.

Dalam ilmu astronomi, galaksi bermaksud suatu sistem yang sangat besar. Terdiri daripada jutaan

gugusan bintang dan nebula. Jumlah galaksi dalam sistem suira kini dianggarkan sekitar 100 juta

banyaknya. Salah satunya ialah galaksi Bimasakti (Milky Way) dimana kita hidup sekarang ini.

Menurut Profesor Dr. Alister Graham dari Pusat Astrofizik di UTS, dalam jutaan penemuan galaksi

sebelum ini, belum pernah ada galaksi unik berbentuk empat segi panjang dijumpai dalam alam

semesta. Biasanya, galaksi yang ditemui berbentuk pilin, lentil, bujur, sementara ada sebahagiannya

tidak mempunyai bentuk.

Tapi, Dr. Graham berkata, penemuan terbaru ini telah membuatkan ramai pengkaji astronomi

tersenyum lebar kerana kewujudannya tidak pernah difikirkan akan ada dalam alam semesta kita.

Tambahan pula, spesis galaksi baru ini benar-benar unik kerana bentuknya kelihatan eksotik, lain

daripada biasa dan menentang hukum alam.

Selain bentuknya yang pelik, di dalam LEDA 074886 juga memiliki cakeram atau piring bintang

sebaris dengan garis panjang galaksi. Piring bintang ini tidak duduk diam, ia berputar dengan

kecepatan 33 kilometer sejam. Disamping itu, ia turut dikenal pasti sebagai galaksi berstatus kerdil

kerana bersaiz kurang 50 kali bintang dari galaksi Bimasakti.

Saintis masih cuba mempelajari bagaimana LEDA 074886 boleh keluar daripada paten galaksi

biasa. Teori awal mengatakan bahawa ia mungkin terbentuk daripada beberapa interaksi graviti

pasang-surut hingga menyebabkan galaksi itu memiliki bentuk luar biasa.

Bagaimanapun, ramai saintis tidak begitu yakin dengan andaian itu. Lalu, dicadangkan pula

kemungkinan lain bahawa galaksi eksotik itu terbentuk daripada pertembungan dua buah galaksi

berbentuk cengkeram. Impak daripada perlanggaran itu, gas disekeliling galaksi tersedut dan

tenggelam ke pusat galaksi.

Kesan penggabungan itu juga menyebabkan jutaan bintang bertaburan, lalu membentuk seperti

kotak. Namun apabila diamati dari bumi, bintang-bintang yang berkumpul itu tidak terlihat seperti

kotak, sebaliknya membentuk seakan segi empat panjang.

Begitu pun, sebahagian pengkaji bintang cuba menidakkan bentuk LEDA 074886 seperti yang

dikatakan. Galaksi yang baru ditemui itu dikatakan tidak mungkin berbentuk segi empat panjang.

Tapi ia dipercayai hanya menyerupai sisi berbentuk galaksi cakeram dan kelihatan seperti silinder

pendek.


Hipotesis ini disokong daripada pengamatan menggunakan teleskop raksasa Keck di Hawaii.

Teleskop berkenaan mendedahkan bahawa cakeram nipis pada LEDA 074886 dilihat bergerak

pantas dengan bahagian tepi tersembunyi pada pusat galaksi.

Sisi paling jauh yang diukur dari cakeram galaksi ini didapati berputar pada kelajuan lebih dari

100,000 kilometer sejam (62,000 mph). Sayangnya, teleskop tersebut tidak dapat memastikan

adakah bentuk sebenar LEDA 074886, sama ada patennya seperti cakeram ataupun tidak.

Dr. Graham berpendapat, jika penemuan galaksi potongan zamrud itu tepat, maka ini adalah satu

lagi kejayaan dalam memperkayakan keragaman bentuk galaksi di angkasa raya. Saintis ini berasa

yakin bahawa penemuan ini boleh membuka horizon baru dalam kajian evolusi galaksi dalam alam

semesta.

Misteri Teori Paranormal Stone Tape

Teori Stone Tape bermula pada sekitar 1970an selepas dipopularkan oleh Nigel Kneale di TV ketika

itu dan menjadi topik perdebatan sehingga ke hari ini dalam mencari penjelasan tentang kewujudan

hantu.

Teori Stone Tape berkisar tentang objek bukan hidup di kawasan sekeliling yang menyerap sesuatu

bentuk tenaga daripada benda hidup pada suatu peristiwa penting yang pernah memberi tekanan

tinggi, emosional dan trauma dalam hidup seseorang seperti kejadian pembunuhan.

Sebagai contoh, sesuatu lokasi yang mungkin terdiri daripada batu-bata atau kayu atau pun besi

yang mungkin menyerap dan menyimpan emosi atau peristiwa yang mempunyai tahap emosi yang

tinggi.

Tenaga ini dilepaskan dalam bentuk rakaman atau gema dan akan terus menerus diulangi di sekitar

tempat kejadian seperti perakam video dan tidak terkesan dengan perubahan kawasan tersebut.

Para pengkaji peristiwa paranormal sering menggelar fenomena ini sebagai gangguan sisa

tinggalan.

Kita sering mendengar kisah-kisah seperti kelihatan kelibat seseorang yang pernah tinggal di

sesuatu tempat sedang melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang, walaupun orang itu

sudah lama meninggal dunia.

Sebagai contoh terbaik yang selalu didengari ialah kelihatan seorang yang pernah terjun daripada

sesuatu bangunan walaupun kejadian membunuh dirinya sudah lama berlaku.

Antara contoh lain adalah seperti yang selalu diceritakan oleh orang awam yang pernah melihat

kelibat beberapa individu yang pernah menghuni Kelly's Castle, sebuah istana tinggalan sejarah

pada zaman kolonial Inggeris yang terletak di negeri Perak. Kelibat-kelibat ini sering kelihatan

melakukan aktiviti yang sama dan berulang-ulang.

Namun begitu, dikatakan bahawa bukan semua orang boleh melihat fenomena paranormal ini.

Orang yang mempunyai deria keenam yang kuat serta sedikit kelebihan dalam kuasa psikik sahaja

yang boleh melihatnya.

Penjelasan Saintifik

Setiap kejadian paranormal pasti akan diselidiki oleh kedua-dua pihak yang ragu-ragu tentang

kesahihannya dan juga orang yang mempercayainya.

Adalah rasional untuk kita mengesyaki kebenaran teori ini kerana setakat ini tiada bukti kukuh yang

pernah didapati bagi mengesahkan kesahihannya selain daripada pengakuan individu-individu

tertentu.

Antara penjelasan saintifik mengenai fenomena ini ialah budaya di mana budaya yang mempunyai

kecenderungan untuk mempercayai sesuatu fenomena paranormal lebih mudah untuk mentafsir dan

mengaitkan kejadian pelik dengan aktiviti paranormal.

Selain itu, paras Dopamine yang tinggi turut dikatakan memberi kesan terhadap orang yang

mengakibatkannya mengalami fenomena tersebut.

Dopamine merupakan sejenis kompaun yang ada dalam badan sebagai Neurotransmitter, salah

satu kimia yang bertanggungjawab untuk menghantar isyarat-isyarat antara sel saraf (neuron) dalam

otak.

Paras Dopamine yang tinggi dikatakan dapat meningkatkan nisbah Isyarat-kepada-Bunyi, iaitu

kebolehan untuk menghantar isyarat ke otak dan mengurangkan bunyi yang tidak berkaitan.

Namun begitu, adalah sukar untuk dipastikan setakat mana kebenaran penjelasan saintifik kerana

tahap teknologi yang masih jauh ketinggalan bagi mengkaji perkara di luar kapasiti dan jasmani

manusia.

Pernahkah anda mengalami sendiri fenomena misteri ini? Mungkin anda merupakan individu yang

lebih layak untuk bercakap tentang kesahihannya.

Adakah Komplot 'Men In Black' Benar-benar Wujud?

Informasi Dunia. Jika bercakap tentang 'Men In Black' atau MIB, apa yang menerjah otak rata-rata

dari kita adalah filem Hollywood yang diterajui pelakon Tommy Lee Jones dan Will Smith.

Tahukah anda, beberapa dekad sebelum filem fiksyen ini digarap, cerita 'Men In Black'

sememangnya sudah hangat diperkatakan di Amerika. Apa ceritanya?

Cerita-cerita mengenai 'Men In Black' ini paling hangat diperkatakan pada sekitar tahun 1950 dan

1960. Sekitar tahun itu, seorang wartawan yang tinggal di Pinewood, West Virginia, Amerika

Syarikat mendakwa dia telah dikunjungi beberapa orang lelaki, dipercayai ejen MIB.

Wartawan itu yang sebelumnya pernah menghantar artikel mengenai kewujudan 'Men In Black' di

West Virginia telah diugut dan digertak oleh ejen-ejen tersebut. Wartawan itu turut diarah supaya

berhenti menulis apa juga artikel berkisarkan kewujudan 'Men In Black'.

Sesetengah pihak berpendapat, agensi atau pertubuhan misteri yang digelar MIB ini sememangnya

beroperasi di West Virginia untuk mengkaji kewujudan Mothman yang menggemparkan West

Virginia sekitar 1960.

Laporan paling popular mengenai kewujudan 'Men In Black' terjadi sekitar tahun 1976 dimana

seorang pengkaji UFO, Dr. Herbert Hopkins mendakwa dia telah didatangi beberapa orang

berpakaian serba hitam menyoal siasat beliau. (http://www.huffingtonpost.com/2012/05/23/men-in-

black-inspired-ufos-government-agents_n_1536996.html)

Kejadian ini berlaku beberapa minit setelah Dr. Hopkins menamatkan perbualan telefonnya dengan

seseorang yang mengaku dirinya sebagai Naib Presiden New Jersey UFO Research Organization

yang mana perbincangan telefon mereka berkisar tentang fenomena makhluk asing.

Sepanjang disoal-siasat, Dr. Hopkins menyedari banyak kejanggalan pada 'tetamu-tetamunya' itu.

Bukan sahaja penampilan, tindak-tanduk serta tutur bicara mereka agak janggal dari kelakuan

manusia biasa.

'Men In Black'dalam 'American Popular Culture' dan 'UFO Conspiracy Theories' merujuk kepada

lelaki bersuit hitam yang mendakwa diri mereka ejen kerajaan yang mana tugas mereka ialah

mengugut serta menggangu saksi-saksi fenomen berkenaan 'Makhluk Asing' supaya mereka

mendiamkan diri.

Beberapa teori menyatakan bahawa ejen-ejen MIB bukanlah manusia biasa, mereka ini adalah

hybrid manusia alien yang ditugaskan untuk menutup bukti-bukti campurtangan makhluk asing di

bumi.

Ada juga teori menyatakan mereka ini sememangnya Alien yang menyamar sebagai 'Ejen

Kerajaan'.

Fizikal mereka juga dikatakan sedikit berbeza dimana dikatakan jari-jari mereka lebih panjang dan

mata mereka sepet atau lebih besar dari manusia normal.

Itu menjawab persoalan mengapa mereka akan tampil dengan memakai kacamata hitam.

Banyak lai cerita dan dakwaan mengenai kunjungan MIB pernah dilaporkan. Ia juga pernah menjadi

satu isu yang hangat satu ketika duhulu.

Bagi kita yang disogok dengan 'MIB' yang ejen-ejennya agak sengal-sengal buih dalam bentuk

filem, kelakar rasanya nak percaya MIB ni wujud.

Perkara yang Lelaki Tak Mahu Wanita Tahu

Lelaki suka berahsia dan boleh dikatakan kesemua rahsia mereka ini adalah untuk mempertahankan ego mereka.

Tetapi, anda bernasib baik kerana kami berjaya membongkar perkara-perkara yang lelaki cuba rahsiakan dari

wanita.

Kelemahannya

Lelaki sangat takut wanita mengetahui kelemahannya. Mungkin mereka takutkan ketinggian atau lipas yang mereka

tidak mahu langsung anda tahu. Dan, lelaki juga menangis. Emosi lelaki yang baru sahaja putus cinta sebenarnya

lebih dahsyat berbanding wanita. Tetapi mereka pandai menyembunyikannya. Mereka takut sekiranya wanita tahu

akan kelemahan mereka, wanita akan berjenaka mengenainya yang tentunya atau mungkin memalukan mereka.

Dan jika mereka menangis di depan anda, berikanlah mereka coklat. Tangisan mereka tu adalah tanda cinta kepada

anda.

Pendapatan Mereka

Lelaki kini lebih berhati-hati kerana terlalu banyak wanita di luar sana tu, mata duitan. Jadi salah satu perkara yang

mereka seboleh-bolehnya ingin mereka rahsiakan adalah jumlah pendapatan mereka. Mungkin mereka suka

menunjuk-nunjuk kereta yang mereka pandu, tetapi, perihal kewangan masih lagi terlalu peribadi bagi mereka.

They Listen!

Mungkin anda rasa lelaki tidak mahu tahu apa aktiviti harian anda atau apa yang menyerabutkan fikiran anda.

Sebenarnya, mereka mahu mendengar. Mereka tidak mahu anda tahu mengenai fakta ini kerana tidak mahu

percakapan bertukar menjadi leteran. Ia juga untuk mengelak daripada anda menelefon mereka acap kali, ketika

mereka sedang bekerja.

Fake Orgasm

Lelaki sekarang sebenarnya lebih bijak. Mereka tahu sekiranya anda mengalami fake orgasm ketika bersama. Tetapi

mereka berpura-pura tidak tahu kerana ia akan mencabar ego mereka kerana tidak mampu membuat anda

mencapai klimaks yang sebenar. Jadi mereka diamkan sahaja dan terus membiarkan anda terus berlakon ketika

bersamanya.

Malam Pertama

Jika anda rasa lelaki tidak takut untuk menghadapi malam pertama, anda silap besar. Lelaki tidak suka kemampuan

mereka di atas katil diperlekehkan walaupun ia merupakan pertama kali buat mereka. Sebab itu mereka cuba

menyembunyikan rasa gementarmereka pada malam pertama.

PANAS : Wanita Anjur Parti Bogel 31 Disember Ini.

Baru-baru ini, seorang wanita dengan beraninya menganjurkan serta mempromosikan private

party’nya di Facebook secara terbuka yang mana melibatkan umur 18 tahun ke atas sahaja.

Facebook Page, Lelaki Maskulin by Sensual Zara, menganjurkan sebuah private party yang

bertemakan ‘#Na-ked Foam’ yang bakal diadakan pada 31 Disember 2014.

Menurut page berkenaan, parti berkenaan akan diadakan di ONEKL. Penyertaan pula hanya dari

kalangan pembeli produk mereka sahaja. Yuran pula hanya akan didedahkan kepada mereka yang

berminat.

Dari segi pakaian pula, wanita dikehendaki memakai bikini. Manakala lelaki pula disyaratkan

berpakaian casual.

Tarikh tutup untuk menyertai private party tersebut sepatutnya tamat pada 30 November.

Bagaimanapun telah dilanjutkan sehingga 2 petang 2 Disember atas permintaan ramai.

Gambar-gambar di bawah pula didakwa adalah penganjur parti dan founder kepada page

berkenaan:

Mohon PDRM ambil tindakan segera

Kekurangan Lelaki Yang Rupanya Menjadi Tarikan Bagi Wanita

Info Fakta Tentang Lelaki. Percaya atau tidak, menurut hasil kajian sebuah universiti di Amerika

Syarikat, menyebutkan ada beberapa faktor kekurangan kaum Adam yang sebaliknya menjadi daya

tarikan kaum wanita!

Berikut adalah hasil kajian tersebut:

Kesan luka

Mungkin tidak ada yang menyangka bahawa kesan luka mampu menjadi sebuah daya tarikan. Dan

uniknya bekas luka pada lelaki kadang-kadang dianggap sebagai lambang kejantanan oleh ramai

wanita. Apatah lagi jika mereka merasa tertekan dengan cerita di sebalik luka tersebut. Pasti si

wanita akan lebih bersimpati.

Anda seorang yang pelik!

Geek atau si ulat buku mungkin selalu menjadi bahan cerita. Namun kini jangan terkejut jika lelaki

yang anda anggap geek/pelik ini memiliki kekasih cantik dan super seksi! Kelakuan 'aneh' lelaki

tersebut dianggap unik dan lain daripada yang lain. Para wanita dewasa ini mungkin bosan dengan

lelaki yang nampak 'biasa-biasa' saja. Daripada memilih lelaki yang biasa mereka temui di tempat

lepak, kini ramai wanita memilih untuk keluar berdua dengan lelaki ulat buku yang memiliki impian

besar untuk mencipta roket dengan bahan bakar daripada air!

Peluh

Peluh berlebihan pasti membuat kepercayaan diri berkurangan. Namun bagi sebahagian wanita,

peluh kononnya mampu membuatkan lelaki kelihatan seksi. Apalagi peluh itu keluar ketika lelaki

sedang bersukan. Wanita yang melihatnya pasti terkesima. Menurut sebuah kajian, ketika berpeluh,

lelaki mengeluarkan hormon androstadienone yang mampu memicu perempuan menjadi ghairah.

Namun yang perlu diperhatikan adalah kebersihan diri. Jika tubuh anda tidak bersih, peluh yang

keluar akan menimbulkan bau yang kurang sedap. Bukannya kelihatan seksi, malah anda akan

dijauhi oleh wanita!

Uban

Proses penuaan adalah hal yang pasti. Salah satu tanda-tandanya adalah timbulnya uban atau

rambut putih. Kini tak perlu sibuk-sibuk menghitamkan rambut anda secara rutin. Anda pasti ingat

aktor Richard Gere yang dianggap semakin seksi ketika rambutnya memutih. Kemunculan uban kini

dijadikan lambang kematangan dan kedewasaan lelaki oleh sebahagian wanita. Jadi buat apa malu

untuk memilikinya?

Cermin mata

Menurut sebuah kajian di Stockholm, Sweden, wanita kini lebih tertarik dengan lelaki bercermin

mata. Kerana golongan ini kelihatan lebih bijak dan cerdas. Jadi bagi anda yang memiliki

penglihatan kurang baik, tak perlu ragu-ragu memakai cermin mata. Yang penting, sesuaikan bentuk

bingkainya dengan bentuk wajah anda. [Sumber]

Kepada pembaca wanita, apa pula komen anda?

KENAPA LELAKI SUKA MELIHAT BUAH DADA WANITA?


7 ALASAN KENAPA LELAKI SUKA MELIHAT PAYUDARA WANITA | Apa yang membuatkan lelaki tergila-gila dengan payudara wanita? Selain membangkitkan ghairah, 'aset' berharga milik wanita ini juga boleh memberikan ketenangan malah mempengaruhi psikologi dan emosi lelaki.  

Berikut ini beberapa alasan mengapa lelaki boleh tunduk ketika melihat payudara wanita:

1. Merangsang imaginasi lelaki

Begitu melihat payudara, lelaki boleh mencipta pelbagai imaginasi dan fantasi apa yang boleh dia

lakukan dengan payudara tersebut.

2. Tenangkan lelaki

Melihat payudara wanita, lelaki seperti terbawa kembali ke masa kecilnya, ketika masih

menikmati penyusuan terus dari payudara ibu mereka. Ini memberikan rasa aman, tenang dan

selesa kerana dakapan dan kehangatan ibu mereka.

3. Kelembutan

Kelembutan dari sepasang payudara tidak ada tandingannya. Lelaki boleh seharian menghabiskan

masa untuk membelai payudara pasangan dengan tangannya.

4. Kunci wanita ghairah

Lelaki tahu betul dimana letak kelemahan wanita diatas katil, cukup menyentuh, membelai dan

menghisapnya, wanita dijamin tidak mahu ditinggalkan sendirian di ranjang.

5. Simbol keseksian wanita

Melihat payudara wanita, lelaki berfantasi wanita pemiliknya adalah seorang yang seksi dan penuh

kelembutan. Tidak hanya disitu, lelaki selalu dibuat ingin tahu untuk sekadar menyentuh atau

membelainya.

6. Bantal terindah

Hanya dengan menyandarkan kepalanya di atas payudara wanita, lelaki boleh merasakan degupan

jantung yang cepat, tapi juga sekaligus perasaan disayangi dan selesa.

7.  Awet muda

Bagi lelaki yang percaya mitos, hanya dengan memandang payudara selama 15 minit setiap hari

boleh memanjangkan usianya.

Apa pula alasan anda?

Fakta Menarik Tentang Lelaki


1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih

mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan

paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka

akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua

karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan

mereka benar-benar serius.

11. Lelaki juga akan menangis.

12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah

kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak

ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk

mendapatkan jawapan.

14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

17. Lelaki amat sayang ibu mereka.

18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita

beberapa kuntum bunga ros.

19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan korang seorang pendengar yang setia.

20. Adalah lebih baik korang menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya.

Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan

lelaki.

24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang

mereka berikan tidak disukai.

25. Lelaki lebih banyak berfikir.

26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

28. Sukar untuk lelaki melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3

tahun.

29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat

daripada kekasih mereka.

31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat

penting.

32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar

mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan

mereka hanya sekadar kawan.

36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang

kedua.

37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Tuesday, 2 December 2014

Alamak! Burger diambik keluar dari poster dan makan!!!


12 Rumah Percutian yang paling Exortic Di Malaysia!!

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

Legoland sudah. Hello Kitty Town sudah. Langkawi sudah. Kota Kinabalu sudah. Cameron Highlands sudah. Mana lagi ya?
Bosan dengan percutian yang biasa? Senarai kami ini bukan tempat percutian yang biasa kita dengar dan tidak ramai orang pergi. Jarang nampak destinasi ini di kaca televisyen. Malahan, jarang-jarang kita baca di akhbar dan majalah. Mungkin ada, tetapi kurang liputan. Mungkin apabila kurang promosi, tempat ini jadi lebih eksklusif!
Jika ada anak kecil, amat sesuai ajak mereka ke tempat yang lain dari yang lain ini. Ketahui tempat percutian menarik di Malaysia yang sungguh unik ini.



1. Casa Titik, Cherating, Pahang
Foto Kredit: Agoda
Ingin rasa seperti berada di Sepanyol? Tidak perlu ke Madrid atau Barcelona semata-mata untuk merasai pengalaman itu. Boleh pergi ke Casa Titik di Kuantan, Pahang. Sambil bermain pantai, sambil menikmati keindahan alam.
Foto Kredit: Agoda
Rating terkini di Agoda ialah 8.4/10. Siap dengan kolam renang kecil, sesuai jika anak tidak mahu mandi laut. Banyak kedai makanan seafood yang berdekatan.





2. Villa Samadhi, Kuala Lumpur
Foto Kredit: Agoda
Mahu seperti di Bali? Boleh singgah ke Villa Samadhi. Memang untuk pelancong, tetapi tidak semestinya orang tempatan tidak boleh datang. Memenangi TripAdvisor Traveler’s Choice Award 2014, Villa Samadhi tampak cukup mendamaikan. Rating Agoda juga 8.7/10.

Foto Kredit: Villa Samadhi
Nota: Ada tips dari pembaca mengatakan Villa Samadhi tidak membenarkan bawa anak-anak kecil. Ini untuk menjaga privasi pengunjung di sana. Untuk confirmation, boleh hubungi Villa Samadhi terlebih dahulu.




3. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan (Tidak Muslim Friendly)
Foto Kredit: TheDusun
Selain Villa Samadhi yang berada di tengah-tengah bandar, mahu kelainan dan kedamaian seperti di Bali di kawasan kampung? Boleh datang ke The Dusun.

Foto Kredit: TheDusun
Nota: TheDusun mungkin tidak sesuai dan tidak digalakkan untuk pengunjung beragama Islam bermalam di sana. Ini kerana pemilik TheDusun yang bukan beragama Islam ada membela seekor anjing di resort ini. Boleh lihat gambar anjing yang bernama Maya di laman Facebook TheDusun





4. Eight Acres, Raub, Pahang

Eight Acres ialah sebuah resort yang eco-friendly. Amat unik kerana berada di antara kebun buah-buahan, kelapa sawit dan pokok getah.

Foto Kredit: norfadhillah1810.blogspot.com
Foto Kredit: norfadhillah1810.blogspot.com


5. Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang
Tanah Aina ada 4 lokasi berlainan iaitu di Bentong dan Raub, Pahang and Desaru, Johor. Setiap Tanah Aina adalah unik dan akan membuatkan percutian kita sesuatu yang akan diingati sampai bila-bila. Tanah Aina yang lain adalah seperti berikut:


Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Pahang, Malaysia
Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor, Malaysia
Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang, Malaysia
Foto Kredit: Tanah Aina
Merupakan satu resort eco-tourism di Pahang, Tanah Aina menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain. Boleh ke sungai yang berdekatan dengan resort.

Foto Kredit: Tanah Aina

Foto Kredit: Tanah Aina




6. Sekeping Serendah, Selangor

Foto Kredit: Sekeping Serendah
Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan! Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan.

Foto Kredit: Sekeping Serendah

Foto Kredit: Sekeping Serendah
Foto Kredit: Sekeping Serendah





7. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan (Tidak Muslim Friendly)

Foto Kredit: The Shorea
Juga terletak di dalam hutan simpan. Nampak terpencil dan akan mendekatkan diri kita dengan alam semulajadi.
Foto Kredit: The Shorea
Foto Kredit: aizathavoc.blogspot.com
Nota: Pembaca kami memberikan informasi dalaman The Shorea juga juga mempunyai anjing yang dibiarkan bebas di kawasan resort.





8. Belum Eco Resort, Grik, Perak

Foto Kredit: wonderfulmalaysia.com
Belum Eco Resort ialah sebuah pulau di tengah-tengah Tasik Belum, Perak. Kawasan persekitarannya ialah hutan hujan tropika yang berusia 300 tahun!

 Foto Kredit: Belum Eco Resort

Foto Kredit: belumoutdoor.wordpress.com



9. Limastiga, Umbai, Melaka


 Inginkan suasana kampung yang moden, dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga. Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja.


Foto Kredit: LimasTiga
Foto Kredit: LimasTiga
Nota: LimasTiga hanya untuk pengunjung Muslim sahaja.





10. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka

Foto Kredit: Desa Balqis

Foto Kredit: Desa Balqis
Suasana bagaikan kampung zaman dahulu, di tepi Selat Melaka.

Foto Kredit: Desa Balqis




11. D’Ark Training & Resort, Janda Baik, Pahang

Foto Kredit: ibnukhusairy.com

Foto Kredit: ibnukhusairy.com
Lagi resort yang memberikan suasana kampung zaman dahulu. Sungai yang bersih dan cantik hanya beberapa langkah dari resort ini. Tidak perlu kesibukan Genting Highlands yang cuma sepelaung.

Foto Kredit: D’Ark Training & Resort




12. Terrapuri Heritage Village, Kuala Terengganu, Terengganu

Foto Kredit: Terrapuri Heritage Village
Angin sepoi-sepoi bahasa dari Laut China Selatan bakal buat anda rasa relaks sepanjang berada di sini.

Foto Kredit: Terrapuri Heritage Village

Foto Kredit: Terrapuri Heritage Village
Rancang Percutian Tempat Menarik di Malaysia