Wednesday, 3 December 2014

Hero Transfomers Dakwa Dia Telah Dirogol Oleh Seorang Wanita

Pelakon utama Filem Transformers, Shia LaBeouf baru-baru ini telah mengejutakan ramai pihak

apabila membuat satu pendedahan di mana beliau mendakwa telah dirogol oleh seorang wanita

ketika berada di sebuah pameran seni pada Februari lalu.

Dia mendakwa semasa duduk berseorangan di pameran itu seorang wanita telah datang kearahnya

dn terus memeluk dan merogolnya.

“Seorang wanita yang datang bersama kekasihnya, kemudian datang secara tiba-tiba ke arah

saya dan mula mengawal saya, dia buka pakaian saya dan terus merogol saya.

“Selepas kejadian itu, wanita itu terus berjalan meninggalkan saya dalam keadaan rambutnya

yang tidak terurus dan mekap yang serabai,” katanya memetik laporan People.

Kejadian itu telah disaksikan oleh kekasihnya, Mia Goth , yang kebetulan baru sampai untuk

meraikan hari kekasih telah membuatkan mereka bergaduh besar.

Namun hubungan mereka kembali pulih seminggu selepas itu selepas Shia telah menjelaskan

tentang perkara sebenar yang terjadi kepada Mia.

Menurut beliau kejadian itu telah menyebabkan dia menjadi trauma dan meninggalkan kesan yang

mendalam dalam hidupnya

No comments:

Post a Comment